Friday, November 14, 2008

1111

Plat kereta kalau nombornya 1111 secara automatik kereta kalian akan kelihatan 'cool'.

Di tempat aku kerja, kalau no pekerja 1111 ni, aku agaklah, dia ni mesti org yang berkepentingan. No pekerja pun kene no best2 ke..

Hantaran kahwin kalau 1111 ringgit, kalo tak silap aku korang mesti kahwin masa tahun 80-an.

Buku 1001 malam kalau ditukarkan judul ke 1111 malam, agaknya bape mukasurat kene tambah ye.

Dalam matematik kalau 1+1+1+1 jawapannya ialah 4 dan kalau 1x1x1x1 jawapannya tetaplah 1.

Dalam nombor binari kalau 1111 sama dengan 15.

Dekat jam aku pukul 11.11 am telahpun berlalu sejam sepuluh minit yang lepas.

Dekat kalender kalau 11/11 tu.... HAPPY ANNIVERSARY kami. 3 hari lepas daa.... Kepada isteri tersayang.. takkan lari handphone dikejar. Sabar ya.

Wednesday, November 12, 2008

Hari2 aku pergi ke gym

Ni dah masuk 3 bulan dah ni. Kecuali sabtu, ahad & cuti bank. Ni la rutin hidup aku duduk kat UK ni. Nak kata aku gemuk xderla jugak, berat aku cuma 95kg jer. Tu pun masa pose la. Dah raya ni berat otot aku ni slowly meningkat dh nak dekat 97kg. Ape nak kisah, aku bukannya pompuan nak kisahkan berat badan. Lagipun aku pegi gym hari-hari kan. Orang kata otot lagi berat dari lemak. Sebab tu la aku agak berat.

Hari-hari. Kecuali sabtu, ahad dan cuti bank. Seawal jam 6.00 pagi aku dah bangun. Tak kira sejuk ke atau terlalu sejuk. Tepat 6.30 pagi aku dah ade kat gym untuk jurus exercise aku. Plus, kunci gym tu pun aku yang pegang. Secara peribadi, gym bukanlah tempat yg best atau seronok untuk dilawati. Kalau nak compare dgn main bolasepak atau badminton ataupun pingpong, jauh lebih seronok kalau main benda2 tu dari kau gi gym bermain dgn besi.

Gym tempat aku selalu pergi ni. besar jugak. Ade tempat joging2. Ade tempat angkat2. Ade tempat nak cycle2. Ade tempat nak wat akrobatik ngan bola besar dan kecik. Orang panggil 'medicine ball'. Nak berlatih boxing pun bole kat sini. Lantai nya berwarna hijau. Getah antislip. Berkilat lagi. Kat gym, banyak aktiviti yang korang bole buat. Lepas buat yg ni, buat tu, pastu buat yang lain pulak. Peluh-peluh aku dibuatnya. Dah cukup time balik rumah sarapan, mandi, belajar, bla bla bla... Esok pagi pegi gym lagi. dan lagi. kecuali sabtu, ahad dan cuti bank.